Friday, October 18, 2013

SK-II Complete basic skincare set


Ini adalah salah satu contoh lagi untuk "Complete set for SK-II basic skincare"...

Penjagaan kulit wajah yang baik bermula dengan pemilihan makeup remover yg sesuai dengan kulit wajah kita. SK-II mengeluarkan 3 jenis makeup remover iaitu ...FT cleansing oil @ FT cleansing gel @ FT gentle cleansing cream...

Kemudiannya, langkah kedua ialah dengan mencuci wajah dengan busa2 buih halus yang berupaya membersih hingga ke liang2 pori wajah. Cleanser keluaran SK-II adalah FT gentle cleanser...

Diikuti dengan penggunaan toner. Toner bukan sahaja berfungsi bagi menyegarkan kulit wajah, malah ianya menjadi langkah penting penjagaan wajah kerana bertindak sebagai agen pembersih ke-2 yang membuang sisa2 kosmetik, sel2 kulit mati dan kekotoran lainnya yang masih terperangkap dalam pori2. SK-II mengeluarkan beberapa versi toner dengan kepelbagaian fungsi menarik, namun yang paling asas ialah FT clear lotion...
Seterusnya, kulit wajah dinutrisikan dengan FT essence yang turut dikenali sebagai magic/miracle water. Ianya ibarat multivitamin pada kulit kita, memberi keseimbangan pH, kadar sebum dan kelembapan optimum yang diperlukan kulit wajah. Ia turut berupaya merawat 1001 kondisi kulit yang tidak sihat...

Penjagaan kulit wajah disempurnakan dengan pelembap. Moisturizer sangat penting untuk melambatkan proses penuaan kulit. SK-II mempunyai beberapa seleksi moisturizer terbaik antaranya Stempower yang superb, Facial lift emulsion ataupun FT repair C...

Akhir sekali, kami cadangkan sekali-sekala anda memanjakan raut wajah dengan limpahan FT essence dari FT Mask!!!

What a lovely skincare routine...

No comments: