Friday, July 1, 2011

Komedo @ blackheads/whiteheads

Bintik2 hitam yang wujud di sekitar hidung atau pipi adalah komedo, atau yang selalu kita sebut sebagai blackhead/whitehead, sebenarnya ianya juga merupakan sejenis jerawat. Rata2 antara kita mengalami masalah ni kan?! Ini kerana komedo merupakan masalah kulit yang paling sering dialami oleh hampir semua orang. Mengikut pengalaman peribadi, persoalan tentang masalah komedo adalah antara yang ter-famous sering ditanyakan setiap kali ada yang berminat nak cuba produk2 SK-II ni...

Apa yang perlu kita tahu tentang komedo?

Komedo terbahagi kepada 2 iaitu blackhead dan whitehead. Blackhead adalah pori2 yang kelihatan membesar dan kehitaman, whitehead pula adalah tonjolan putih kecil2 di bahagian bawah kulit. Kedua2nya terbentuk hasil dari pengumpulan keratin(sel kulit mati), lebihan minyak(sebum) dan bahan make-up yang terperangkap di dalam folikel akar rambut. Apabila bukaan pori wajah yang mengandungi keratin dan sebum ini terdedah ke udara, ia akan mula di-oksida, lalu merubah warna menjadi kehitaman, yang ni kita sebut blackhead. Sebaliknya pori2 wajah yang tiada bukaan liang ke permukaan kulit tidak menyebabkan keratin dan sebum tersebut teroksida, makanya ia kekal putih, yang ni dipanggil whitehead...


Bagaimana untuk merawat dan menghapuskan komedo?

Mengenalpasti punca yang menyebabkan komedo terjadi akan memudahkan kita untuk mengatasi masalah ini. Ada 3 faktor penting penyumbang kepada berlakunya komedo yang perlu dititikberatkan iaitu keratin, sebum dan bahan makeup...

Dengan menggunakan bahan exfoliant yang baik, ia boleh membantu membuang sel2 mati(keratin) keluar dari pori wajah, wajah yang bersih dari pengumpulan sel2 mati ini akan mengurangkan atau menghapuskan kehadiran blackhead dan whitehead...

Penting juga bagi kita untuk mengawal kuantiti sebum pada kulit wajah. Jangan salah faham ye, penghasilan sebum ini perlukan kawalan, bukan perlu untuk dihapuskan kerana sebum adalah bahan yang penting untuk maintain-kan kelembapan, kesihatan dan keanjalan kulit wajah, tetapi kehadirannya dalam kuantiti yang berlebihan menyebabkan banyak masalah lain. Oleh itu, membersihkan wajah dengan oil-free facial cleanser boleh membantu membuang lebihan sebum. Meratakan gentle oil-free facial moisturizer pada bahagian kulit yang kering juga boleh menyeimbangkan kelembapan kulit...

Bagi sesiapa yang menggunakan bahan makeup pulak, memilih water-based makeup boleh membantu mengurangkan komedo. Selain itu, kaedah pembersihan wajah dari bahan makeup jugak perlu diberi perhatian...


Tips lain dalam mengatasi komedo ialah:

1. bersihkan wajah dengan pencuci muka yang sesuai 2kali setiap hari
2. men-scrub wajah seminggu sekali
3. melakukan steam bath pada wajah. Tundukkan wajah pada bowl berisi air suam, tutup bahagian kepala dengan tuala yang besar supaya stim air dihalakan langsung ke wajah, kemudian cuci wajah seperti biasa
4. gunakan toner untuk merapatkan kembali pori2 wajah
5. mendapatkan rawatan facial di spa
6. gunakan alat penyungkil komedo atau plaster pore strips
7. berhenti menggunakan oil-based makeup and skin treatments


Okey, dah habis cerita pasal komedo kan, meh nak story pasal produk SK-II pulak, hehe.
I always tell everyone who ask me about blackhead and whitehead that SK-II basic care products is more than enough to help you in handling this problem.

Why? We have 5 items in SK-II basic care products :
1. FT cleansing gel/FT cleansing oil for makeup remover
2. FT cleanser (sekarang ada produk baru diberi nama FT gentle cleanser)
3. FT clear lotion for dead skin cells remover
4. FT essence (multivitamin for skin)
5. Skin signature/facial lift emulsion for moisturizer

Tadi kita dah belajar tentang kepentingan mencuci bahan makeup pada wajah, kepentingan mencuci wajah, kepentingan bahan pembuang sel2 mati dan kepentingan ejen pelembap kan?! See, semuanya lengkap dalam set asas penjagaan kulit wajah SK-II. Siap ada tambahan lagi iaitu FT essence yang kita sebut magic water. Essence mengandungi sejenis bahan disebut pitera yang menjadi 'makanan' pada kulit untuk menjadikan kulit kita sentiasa sihat dan kelihatan crystal clear, natural beauty gitu...

Bermakna dengan penggunaan basic care products ini saja kita sudah berupaya membantu kulit wajah kita untuk tampil bersih dan bebas dari komedo, di samping mengatasi masalah2 kulit lainnya. Honestly I can't say you are 100% able to get rid of this comedo thingy by using all this products, cause base on my own personal experience, I still have to remove the comedo manually once/twice a month. Cumanya lepas pakai SK-II ni terasa banyaklah berkurang masalah blackhead/whitehead ni berbanding dulu2. And bear in your mind, I cuma jual produk SK-II but I'm not the loyal user, cuma cleanser dan essence saja yang almost setiap hari guna, yang lain2 tu still tenggelam-timbul. So in my case, if I say I can't give you 100% guarantee tu kira lojik laa kan, mungkin kalau I pakai semuanya ikut aturan yang disarankan masalah komedo ni boleh hapus terus ka kan, who knows, right?!

Diharapkan artikel ni sedikit sebanyak membantu mereka2 yang nak tahu tentang blackhead/whitehead ini...

No comments: