Monday, January 3, 2011

Q&A regarding SK-II

Antara soalan2 yang sering ditanya berkenaan SK2...

Q1. Produk2 SK2 ni sesuai untuk kulit yang macammana?
A - Unlike most of produk kecantikan yang ada di pasaran, produk2 SK2 tidak mempunyai pengkhususan terhadap sebarang jenis kulit. Dalam erti kata lain, semua jenis kulit samada berminyak atau kering adalah sesuai dan boleh menggunakan barangan dari SK2.

Q2. Apakah produk asas SK2?
A - Ada 5 produk asas SK2, pertamanya make-up remover iaitu 'facial treatment cleansing gel/oil', kemudiannya pencuci muka iaitu 'facial treatment cleanser'. Yang ketiga ialah 'facial treatment clear lotion' berfungsi untuk membuang sel2 mati dan kekotoran pada wajah. Keempat ialah miracle water SK2 iaitu 'facial treatment essence' dan akhir sekali pelembap/moisturizer anti-aging iaitu 'skin signature'.

Q3. Boleh tak kalau nak pakai FT cleanser saja tanpa FT cleansing gel/oil?
A - Boleh, hanya jika anda tidak mengenakan make-up. Ini kerana FT cleanser sahaja tidak memadai untuk menghilangkan kesan bahan make-up secara menyeluruh hingga ke dalam pori2 wajah. Langkah paling awal dalam membersihkan wajah ialah membuang semua lapisan make-up yang menutupi wajah sebelum membersihnya dengan cleanser. Tapi boleh je kalau ganti FT cleansing gel/oil ni dengan make up remover lainnya.

Q4. Boleh tak kalau kulit bermasalah seperti jerawat dll menggunakan produk2 SK2?
A - Boleh, malah amat digalakkan. Before ni ada beberapa orang yang bagitau I bahawa kulit berjerawat tak disarankan untuk guna produk SK2 so I dah tanya kat beauty consultant SK2, katanya boleh. Produk2 SK2 akan mengembalikan kulit wajah kita ke kondisi paling 'sihat' dengan mengawal jumlah minyak dan kelembapan di tahap paling optimum sebagaimana yang diperlukan oleh kulit.

Q5. Boleh tak kalau nak pakai 1 produk saja, contohnya miracle water ie. FT essence?
A- Kalau tanya consultant SK2 sah2 dia kata tak boleh, haha, tapi secara peribadi I rasa tak salah pun(wahhh pepandai ja hang, hehe).

Kalau ada sebarang pertanyaan lainnya silalah tanya, takmau beli pun takpa, I don't mind, setakat mana yang I boleh jawab I akan jawab...
Oh ya, ada yang tanya I dah pakai ker SK2 ni, the answer is YES, and I loike, hihi. Tunggu ya nanti muka saya dah jelita saya bagi reviews, entah tahun bila la tu gamaknya nak jadi jelita, hak2...

4 comments:

zura said...

fith.., dia punya pencuci muka tu jenis sabun or camner..? maksudnya kalau lepas kita basuh muka kita tu dia rase melekit or mcm kita guna sabun dia terus rase best..! tak tau nak ckp camne..? hope faham lee ape zura tnye nie..? hahahaha

Fith said...

zura,
cleanser tu mcm pencuci muka biasa,jenis foam yg byk buih.bila basuh muka rasa mcm pakai sabun gak laa.takde rasa melekit fith rasa.ada ye pencuci muka yg melekit?hehe.takpe2,nanti zura test ye

ainko said...

fith, camne harga pasaran sk2 kat sna skang?dh trun sket ke..hehe..

Fith said...

ainko,
belum lagi laa.yen masih tinggi lagi.nanti yen dah turun fith akan update latest price yer.minat jugak yer?hehe